Tanda-Tanda Awal Menghidapi Penyakit Batu Karang



Soalan:

SAYA mengalami masalah kencing berdarah. Apakah puncanya serta cara mencegahnya kerana saya berasa sakit, terutama di kepala zakar, ketika membuang air kecil. Saya juga terasa senak pada buah pinggang. Apa perlu saya lakukan dan adakah masalah ini serius?

ZAKUAN
Masjid Tanah


Jawapan:

ADA beberapa tanda penyakit serius dan individu yang mengalaminya perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Kencing berdarah satu daripada tandanya. Jika berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan, ia mungkin tanda awal kanser untuk lelaki atau perempuan yang berumur.

Secara rambang, perkara yang biasa dikaitkan dengan kencing berdarah ialah penyakit batu karang. Ia boleh berlaku tiba-tiba, tapi ada rasa sakit yang bermula di belakang dan melarat ke penghujung zakar atau buah zakar. Ketika membuang air kecil, kencing mengandungi darah.

Salur kencing pula kadangkala terasa sakit seperti ada ‘pasir’ keluar bersama air kencing. Jika kebetulan dalam keluarga anda pernah terjadi kes batu karang, kemungkinan besar anda mungkin mengalami masalah sama.

Doktor akan lakukan pemeriksaan dan menjadualkan ujian air kencing, dan jika ada darah atau ada sesuatu perlu dikendalikan, pemeriksaan susulan seperti ujian sinar X buah pinggang, pundi kencing dan salur ureter dilakukan untuk meneliti jika ada kesan batu karang. Jika tidak kelihatan, ujian imbasan dilakukan.

Jika didapati batu karang itu besar, cara mengeluarkannya ialah melalui pembedahan. Jika tidak atau kurang daripada satu sentimeter (cm), mungkin ia boleh dihancurkan melalui terapi ESWL, iaitu menggunakan teknologi gelombang bunyi untuk menghancurkannya

5 Responses to "Tanda-Tanda Awal Menghidapi Penyakit Batu Karang"

  1. saya nak tnye .saya tiap malam akan rase banyak kali nak buang air kecil .kluar msuk bilik air tp bila kencing .airnya sikit shj .msa dia kluar tu rse agak pedih .saya penah juga tahan nak buang air kecil sbb trtentu seperti didalam prjalanan jauh yg xada tmpt prhntian dan saya rse pundi sy sakit sangat² .mcam pundi sy senak sgt² smpaikan nk brjlan pon sakit .tu tanda² batu karang ke??

    ReplyDelete
  2. Sya sakit dibahagian bawah kiri prut saya ape tanda nya

    ReplyDelete
  3. kepada sesiapa yang iginkan penawar batu karang. penawar dari herba camporan melayu. harga dari rm25 iginkan penawar ini hubugi saya di 0104178377 anuar

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya berasa pinggang sebelah kanan saya berdekatan dgn otot tulang belakang seperti dijolok2...petanda apakah penyakit seperti itu?

    ReplyDelete