MELAMPAU ! SANGGUP “SEWAKAN” TEMAN WANITA UNTUK BELI IPHONE 6

Seorang lelaki dari China telah membuat tawaran untuk ‘”menyewa ‘ teman wanitanya keluar dengan lelaki lain supaya dia boleh mengumpul wang untuk membeli model terbaru iPhone.


Gambar Wei Chu, 25, berdiri di luar Universiti Songjiang, Shanghai  sambil memegang papan  iklan ‘Perkongsian Teman Wanita ‘ mula muncul  dan disebarkan pada media sosial China. Beliau telah menjemput pejalan kaki  yang lalu lalang di kawasan berkenaan  untuk log masuk ke rangkaian wifi yang berdekatan untuk menyemak gambar-gambar teman wanitanya  Xiao Ai , berusia 21 tahun,  yang boleh ‘disewa’ untuk hanya sekitar harga RM5 sejam , Rm25 sehari, dan RM 263 sebulan. Walaubagaimanapun , belaiu menegaskan bahawa mereka yang berminat hanya boleh keluar makan atau belajar bersama sahaja dan tidak lebih daripada itu.



Rupanya, lelaki berkenaan tergamak berbuat demikian hanya kerana ingin mengumpul wang untuk mendapatkan model telefon pintar terbaru dari Apple, iPhone 6 yang baru sahaja dilancarkan. Beliau juga mendakwa bahawa teman wanitanya adalah sukarelawan untuk skim kempen yang diiklankan di internet dengan slogan “Perkongsian teman wanita untuk wang poket”.

Nampaknya bukan calang-calang penangan budaya mengejar gajet terbaru. Sebelum ini, di China juga dilaporkan bahawa seorang remaja sanggup menjual buah pinggangnya semata-mata untuk membeli iPhone dan iPad .Selain itu sepasang suami-isteri juga pernah disabitkan kesalahan pemerdagangan manusia kerana menjual tiga bayi mereka antara tahun 2008-2013 untuk memiliki barangan mewah termasuklah iPhone 5 .

Related Posts :

0 Response to "MELAMPAU ! SANGGUP “SEWAKAN” TEMAN WANITA UNTUK BELI IPHONE 6"

Post a Comment