ASTAGHFIRULLAHALADZIM! AWEK LAYAN 'BARANG' YANG SEMAKIN VIRAL DI MEDIA SOSIAL.


Astagfirullahaladzim! semakin hari, semakin rosak perbuatan anak bangsa kita.  Siapa yang nak disalahkan kalau hal sebegini terjadi? ibu bapa? Namun yang menjadi persoalan, betul ke 'barang' tu dadah?

Terdapat segelintir pendapat yang mengatakan ia adalah ubat resdung. betul ke ubat resdung? Allahuallam. Admin sendiri pun tak dapat pastikan.

Komen yang elok-elok ye. jangan komen kasar. Sebab mungkin ubat resdung,mungkin juga dadah. Allahuallam.

Gambar dan video gadis ini semakin hangat di media sosial. Ada yang komen "Muka comel, manis tapi siap duk 'layan' benda tu".Ada juga yang komen "Apa perasaan mak ayah adik ye kalau nampak video dan gambar-gambar adik?" Dan ada juga " Kalau tengok melalui gambar, adik ni elok je berpakaian. Tapi layan barang dengan beberapa orang rakannya. "

Namun kebenaran masih tak dapat dipastikan. Kalau benar ianya dadah, maka siasatan polis hendaklah dijalankan.

Samaada awek ini dianiaya atau sengaja buat sedemikian admin pun masih tak tahu. Jadikan video dan gambar sebagai pengajaran untuk kita mengawasi anak-anak dengan lebih dekat agar mereka tidak mudah melakukan perkara seperti ini. Sama-sama kita ambik iktibar. Insya Allah.

Boleh tengok video kat bawah.

Berikut merupakan peranan ibubapa dalam mengawal batas pergaulan anak-anak :

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Tapi nak salahkan ibubapa pun tak boleh, kalau dah memang anak tu tak kuat iman, mudah terpengaruh dengan benda-benda haram ni, memang tetap akan terpesong juga.

Jadi semua berbalik pada diri sendiri, kena ingatkan hati supaya ingat Allah Swt.




0 Response to "ASTAGHFIRULLAHALADZIM! AWEK LAYAN 'BARANG' YANG SEMAKIN VIRAL DI MEDIA SOSIAL."

Post a Comment