5 CARA MUDAH UNTUK MENGAWAL NAFSU MAKAN.


Acapkali kita ingin mengurangkan kuantiti pemakanan kita setiap hari. Namun, ianya hanya sekadar kata-kata dimulut tapi gagal untuk melakukan segala angan dan cita-cita. Hal ini kerana kita gagal untuk mengawal nafsu makan.

Oleh itu, di sini C.M.S ingin kongsikan 5 cara mudah untuk mengawal nafsu makan dan berharap cara-cara ini dapat membantu anda untuk mengekal kesihatan diri dengan mengawal kadar pemakanan setiap hari.

5 CARA MUDAH UNTUK MENGAWAL NAFSU MAKAN

1) Minum Segelas Air Kosong

- Jika terasa mahu makan lagi selepas beberapa jam mentelaah makanan, cuba minum segelas air kosong. Jika lapar lagi, minum lagi segelas. So apabila perut kita sudah penuh dengan air, kita tak rasa nak makan lagi.

2) Elakkan Membawa Makanan Ringan

- Elakkan beli atau membawa makanan ringan ke rumah. Hal ini kerana selalunya nafsu makan naik apabila berada di dalam rumah sendiri. Seeloknya gantikkan makanan ringan dengan makanan yang berkahsiat seperti buah-buahan.

3) Tipu Minda

- Tipu minda diri sendiri. Bayangkan kita hanya ketagih makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang

4) Makan Berkala

- Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana. Kita boleh membuat jadual mengikut pemakanan mengikut keperluan kalori kita setiap hari. Elakkan makan ketika kita terlalu lapar demi mengelakkan kita mengambil makanan terlampau banyak.

5) Motivasi diri sendiri

- Gunakan nota kecil. Tulislah apa sahaja yang boleh memotivasikan diri sendiri supaya tidak makan dengan banyak. Contohnya “Aku nak kurus.. Aku nak jadi cantik.. Aku tak akan makan terlalu banyak..”. Kemudian tampal nota tersebut pada tempat yang selalu kita nampak seperti cermin, papan tanda dekat meja study dan pelbagai lagi.

Semoga 5 cara untuk mengawal nafsu makan ini dapat diamalkan oleh kita pada setiap. Selain itu, kesihatan tubuh badan juga akan terjaga kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari gaya pemakanan kita pada setiap hari. Elakkan makan makanan yang tidak berfaedah dan perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.


sumber

0 Response to "5 CARA MUDAH UNTUK MENGAWAL NAFSU MAKAN."

Post a Comment