ILMU !!! Tanda-Tanda Hamil Bayi Lelaki Atau Perempuan.


Kami paparkan beberapa tanda apabila si ibu hamil bayi lelaki atau bayi perempuan, banyak cara sebenarnya untuk mengetahui tanda-tanda jantina anak yang di kandung.

Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!


Kadar degupan jantung


  • Bayi lelaki - kurang daripada 140 degupan seminit
  • Bayi perempuan -  lebih cepat daripada 140 degupan seminit

Bentuk perut

  • Bayi lelaki - memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah'
  • Bayi perempuan - perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi'

Wajah


  • Bayi lelaki - sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Bayi perempuan - tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu)

 Alahan


  • Bayi lelaki - tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. 
  • Bayi perempuan - mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

Payudara


  • Bayi lelaki -  kanan lebih besar
  • Bayi perempuan - kiri lebih besar

Mengidam

  • Bayi lelaki -  mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
  • Bayi perempuan - mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

Suhu badan


  • Bayi lelaki -  Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Bayi perempuan - Suhu badan lebih panas

Cincin perkahwinan


  • Bayi lelaki -  Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Bayi perempuan - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.

Tekstur kulit


  • Bayi lelaki - Kulit menjadi kering
  • Bayi perempuan - Kulit menjadi lebih lembut

Rambut


  • Bayi lelaki -  menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
  • Bayi perempuan - menjadi lebih nipis dan kering.

Posisi tidur


  • Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri
  • Bayi perempuan - lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan

Tanda-tanda lain


  • Bayi lelaki - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”. 
  • Bayi perempuan -  Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”



Kepada sesiapa yang mengandung, ada ke tanda-tanda seperti yang di nyatakan di atas. Setiap ibu mengandung tanda-tanda hamil anak lelaki mahupun anak perempuan adalah berlainan.

0 Response to "ILMU !!! Tanda-Tanda Hamil Bayi Lelaki Atau Perempuan."

Post a Comment