5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Dalam Bilik

Fox News telah mendedahkan rahsia sebuah hotel pada tahun 2007 melalui sebuah kamera tersembunyi yang dipasang di sebuah hotel mewah yang merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.Selalunya gelas yang berada di bilik anda akan disembur dengan pencuci tingkap dan dilapkan dengan tuala kotor. Maka pilihan terbaik adalah dengan bawa cawan plastik dari rumah ataupun cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sehingga diyakini bersih baru la guna gelas tersebut.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Seorang pekerja hotel memberitahu satu rahsia pelik mengenai cerek air dalam satu temubual majalah Saloon. Cerek air dalam bilik hotel sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurut pekerja tersebut, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil k*nd*m tersebut.Rutin harian beliau adalah buang benda tersebut kemudian sembur pencuci. Selepas itu beliau akan bilas dengan air panas dan ulang jika terdapat lekit cecair dalam cerek air itu.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Setiap kali anda berada di dalam bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya atau mewahnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak lah se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik sangat senang untuk dibuka. Tidak kiralah samaada oleh orang luar ataupun staff hotel itu sendiri.Jadi anda perlukan sendal anda walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik anda.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidik, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. 

0 Response to "5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu."

Post a Comment